Mampu Milik Tapi ‘Spec’ Melampau, Smartwatch Ni Mungkin Pegang ‘Title’ Paling Berbaloi Beli

syafiq halim

Bagi sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan jam tangan pintar yang serba lengkap tapi masih mempertimbangkan tentang harganya, kini anda sudah mendapatkan jawapannya. Tidak dinafikan, jam tangan pintar sangat membantu dalam kehidupan penggunanya namun pilihan yang bijak perlu dilakukan untuk menentukan produk jam tangan pintar manakah yang layak berada di tangan anda.

Nak yang spesifikasi yang dahsyat, tapi harga yang murah, jawapannya adalah HUAWEI WATCH FIT 3 yang baru sahaja dilancarkan pada bulan Mei yang lalu. Sehingga kini, peranti ini disebut-sebut sebagai peranti yang paling berbaloi disebabkan harganya yang jauh lebih murah tapi mempunyai ‘spec’ yang melampau.

HUAWEI WATCH FIT 3
HUAWEI WATCH FIT 3

Pandang Pertama HUAWEI WATCH FIT 3

Peranti terhebat keluaran HUAWEI ini didatangkan dengan skrin segi empat yang mempunyai nilai yang menakjubkan dengan reka bentuk ultra nipis. Bak kata penggunanya, reka bentuknya yang dioptimumkan dan ramping membuatkan mereka tidak sedar sedang memakai peranti paling canggih ini. Ini kerana ianya direka supaya ringan tetapi masih tahan lasak dengan ketebalan 9.9mm dengan berat 26 gram tanpa talinya.

Badannya yang dilengkapi butang merah di bahagian sisi juga menampakkan jam tangan pintar ini lebih seimbang dari segi ergonomik di tangan sesiapa sahaja. Peranti ini juga dilengkapi dengan sistem navigasi yang mudah, terdiri daripada butang fungsi yang boleh berputar.

Bagi yang mementingkan paparan hadapan pula, jangan risau kerana peranti ini didatangkan dengan banyak pilihan yang sesuai mengikut citarasa anda. Tak habis dengan itu, anda juga boleh memilih paparan daripada galeri anda sendiri.

HUAWEI WATCH FIT 3, Bantu Penggunanya Lebih Cergas

Selain daripada reka bentuknya serba menarik, ini satu lagi ciri yang membuatkan peranti ini jadi jam tangan pintar yang ‘pelik’ dek kerana harganya yang murah namun mempunyai ‘spec’ yang jauh lebih hebat. HUAWEI WATCH FIT 3 dapat membantu anda untuk menguruskan kalori defisit dengan lebih mudah. Lebih menarik, ianya dilengkapi dengan storan jenis makanan di Malaysia bagi mengira defisit kalori dengan lebih tepat. Tak cukup setakat itu, peranti ini juga mempunyai banyak cadangan senaman dengan beberapa ‘modes’ yang boleh membantu anda mencapai sasaran defisit kalori anda. Ianya dikuasakan oleh HUAWEI TruSport™ dengan lebih 100 ‘workout modes’ sama ada bagi aktiviti ‘indoor’ ataupun ‘outdoor’. Terdapat 5 modes baharu yang didatangkan melalui peranti ini iaitu bola sepak, bola keranjang, paddle, e-sukan dan juga larian trek.

‘Activity Rings 2.0’ yang disemat dalam peranti ini juga dapat membantu anda membentuk tabiat senaman yang lebih efisien dan juga gaya hidup yang sihat. Algoritma pengiraan yang dinaik taraf dapat mengira data daripada aktiviti berdasarkan jumlah langkah, tempoh berdiri, serta penggunaan kalori dari senaman yang dibuat.

HUAWEI WATCH FIT 3
HUAWEI WATCH FIT 3

Pantau, Urus Kesihatan Secara Menyeluruh

Peranti ini dilengkapi dengan ciri yang membantu menjejak corak tidur anda, sama ada dari segi kualiti tidur ataupun skor tidur dengan pemantauan yang dinaik taraf. Bila anda bangun daripada tidur, ianya akan memberikan analisis mengenai kualiti tidur anda melalui HUAWEI Health. Peranti ini juga mampu untuk mengesan ketidaknormalan pernafasan semasa tidur terutamanya yang mengganggu kualiti tidur.

Kadar denyutan jantung, oksigen dalam darah, tekanan dan juga kitaran haid pun akan menjadi tugas peranti ini untuk mengesannya. Bukan itu sahaja, sensor pemantauan jantung yang dinaik taraf dengan HUAWEI TruSeen™ 5.5 yang baru dapat memberikan bacaan kardiovaskular yang lebih tepat untuk menganalisis prestasi senaman yang dibuat.

Peranti iOS Pun Boleh Guna

Ciri ini mungkin lebih menarik di mana pengguna iOS seperti pemilik iPhone juga boleh menggunakan peranti ini. Hal ini kerana HUAWEI WATCH FIT 3 dapat diserasikan dengan Android dan juga iOS. Bagi pengguna iPhone, mereka hanya perlu memasang HUAWEI Health App daripada Apple App Store dan boleh menggunakan dan menikmati segala feature yang terdapat di dalamnya.

Bagi pengguna peranti Android pula, anda hanya perlu mengimbas kod QR yang terdapat di kotak HUAWEI WATCH FIT 3 dan memasang aplikasi HUAWEI Health.

HUAWEI WATCH FIT 3

Bateri Tahan 10 Hari

. Jam tangan pintar ini juga dihadirkan dengan kelebihan daya tahan bateri sehingga 10 hari dengan pengecasan penuh. Bagaimanapun, kalau nak jam ni bertahan selama satu hari, korang cuma perlukan 10 minit sahaja untuk mengecas. Dengan bateri sebesar 400mAh, peranti ini tidak akan menyusahkan anda untuk cas dalam tempoh masa yang singkat. Walau bagaimanapun, dengan penggunaan yang kerap, peranti ini masih boleh bertahan selama 7 hari, dan ianya masih lagi dalam tempoh yang agak lama sebelum memerlukan anda untuk mengecasnya.

Lebih Memudahkan Kehidupan Harian

Peranti ini juga mempunyai kelebihan dari segi kemudahan kad akses di mana ianya dilengkapi dengan modul NFC pelbagai fungsi. Namun, ciri ini hanya didatangkan di dalam edisi Gray Nylon dan White Leather sahaja. Anda juga boleh menerima panggilan dengan mudah dengan membuat sambungan Bluetooth.

Lebih menarik, peranti ini juga dilengkapi dengan sistem penggera yang boleh menyedarkan anda dari tidur ataupun lamunan ketika terjaga. Getaran lembut pada jam pintar dapat menyedarkan anda supaya tidak terlepas urusan yang perlu dilakukan.

Enam Pilihan Warna, Tambat Hati Pengguna

Peranti ini didatangkan dengan enam pilihan warna kesukaan anda mengikut tiga jenis tali. Bagi tali fluoroelastomer, terdapat warna hijau, hitam, putih bulan dan juga merah jambu. Terdapat juga tali jenis nylon dalam warna kelabu serta tali kulit dalam warna putih.

HUAWEI WATCH FIT 3

HUAWEI WATCH FIT 3 kini sudah pun berada di pasaran dan kini sedang merampas gelaran jam tangan pintar paling berbaloi untuk dibeli. Anda boleh mendapatkannya di pelbagai platform, sama ada terus masuk ke HUAWEI Experience Store seluruh negara, ataupun melayari laman web rasmi HUAWEI, serta Official Store di Shopee dan Flagship Store di Lazada.

Dari awal sudah katanya peranti ini murah dengan ‘spec’ yang melampau, sebenarnya sukar untuk mempercayai produk keluaran terbaharu daripada HUAWEI ini boleh didapatkan dengan harga bermula RM599 sahaja. Lebih menarik, anda juga akan menikmati ‘free gifts’ yang bernilai RM89 untuk setiap pembelian.