Malaysia sekali lagi mengukir nama dipersada dunia setelah menduduki tempat pertama dalam penjagaan kesihatan terbaik di dunia dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia dan juga mempunyai infrastruktur canggih. Rekod ini dapat dilihat menerusi kategori Penjagaan Kesihatan Global Retirement Index 2019 yang diterbitkan baru-baru ini.
Berdasarkan laporan indeks oleh laman web Living International, Perancis muncul di tempat kedua diikuti oleh Thailand di tempat ketiga, Ecuador di tempat ke empat manakala Mexico dan Costa Rica ditempat kelima.
Berbekalkan 12 hospital terakreditasi JCI di Malaysia dan hampir setiap doktor fasih berbahasa Inggeris, Malaysia dianggap layak untuk menduduki tempat pertama di bagi kategori penjagaan kesihatan terbaik di dunia. Selain itu, empat hospital di Kuala Lumpur dan dua di Pulau Pinang yang kerap sibuk diberikan standard emas dalam penilaian penjagaan kesihatan seluruh dunia oleh Suruhanjaya Bersama Antarabangsa.
Tambahan lagi, ahli farmasi seperti kakitangan perubatan Malaysia yang lain merupakan kakitangan yang terlatih sehingga dapat memberikan perkhidmatan yang sangat baik. Menurut seorang responden dari International Living, Keith Hockton, salah sebuah hospital di Pulau Pinang memberikan perkhidmatan terbaik kepadanya.
Sumber: The Daily Star