malaysia tutup tirai sukan sea 2025
Gambar: Astro Arena

Malaysia Tutup Tirai Sukan SEA 2025 Dengan Emas Sepak Takraw Lelaki

Iqbal Yasir

Malaysia Tutup Tirai Sukan SEA 2025 Dengan Emas Sepak Takraw Lelaki

Malaysia mengakhiri temasya sukan SEA Thailand 2025 dengan penuh manis apabila skuad sepak takraw negara berjaya meraih pingat emas acara regu lelaki pada hari terakhir kejohanan, lapor Stadium Astro.

Kejayaaan ini menambahkan koleksi emas ke-57 negara dan merupakan antara pencapaian kutipan pingat keseluruhan tertinggi dalam sejarah penyertaan negara di Sukan SEA.

Ia sekali gus berjaya melepasi sasaran 200 pingat keseluruhan pada edisi ke-33 ini.

Kontinjen negara menamatkan cabaran di tempat keempat keseluruhan dengan 57 emas, 57 perak dan 117 gangsa.

Sementara, Tuan rumah, Thailand, dalam pada itu, muncul juara keseluruhan dengan 233 emas, 154 perak dan 108 gangsa.

Indonesia pula muncul kontinjen kedua terbaik dengan 91 emas, 111 perak dan 131 gangsa. Diikuti Vietnam di tempat ketiga dengan 87 emas, 81 perak dan 110 gangsa.

Sehingga petang ini, kontinjen negara berjaya mengutip 231 pingat secara keseluruhan dalam edisi kali ini.

Gambar: Astro Arena

Sumber: Stadium Astro

BACA: Sukan SEA Thailand: Ini Reaksi Skuad Sepak Takraw Malaysia Selepas Raih Emas

BACA: Beg Berat Bawa Emas, Tengku Muhammad Seloroh Harap Kerajaan Belanja Lebihan Had Bagasi

BACA: Sukan SEA Thailand: Detik-Detik Penuh Mendebarkan Pecutan ‘Emas’ Aisyah Zubir

BACA: Sukan SEA 2025: Malaysia Rangkul Emas Acara Sepak Takraw Regu Berpasukan Lelaki