Saudara Ikhsan atau lebih dikenali sebagai Artortoise kini sedang menjalani rawatan di Hospital Selayang setelah dimasukkan ke Institut Kanser Negara pada 21 Oktober lalu.
Melalui kemaskini di Twitter, pelukis komik atas talian itu dimasukkan ke institut berkenaan bagi menjalani rawatan kanser sebelum disahkan positif hepatitis B dan dipindahkan ke Hospital Selayang pada Khamis.
Berita itu mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang meminta orang ramai mendoakan kesejahteraannya.
Saya yakin, ramai pasti bersetuju yang dalam kekalutan pandemik COVID-19 ini, Saudara Ikhsan @ Artortoise telah berjaya menyatukan kita dalam memberi kesedaran akan pentingnya kesatuan, perpaduan dan kesedaran dalam memerangi wabak COVID-19.
Saya dimaklumkan beliau kini sedang bertarung melawan kanser dan disahkan pula positif Hepatitis B. Saya ingin mengajak semua untuk meluangkan seminit dua dalam doa anda untuk beliau.
أسأل الله العظيم رب العرش العظيم أن يشفيك
Sumber: Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri