dana monetari asia
Kredit: Jabatan Perdana Menteri

Malaysia, China Bincang Tubuh Dana Monetari Asia

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Malaysia, China Bincang Tubuh Dana Monetari Asia

Sebuah portal berita antarabangsa, Fox News melaporkan Malaysia merancang untuk menghidupkan semula rancangan lamanya untuk menubuhkan Dana Monetari Asia.

Antara tujuan penubuhan dana tersebut adalah bagi mengurangkan kebergantungan kepada matawang Dolar Amerika Syarikat.

Memetik laporan Bloomberg, idea berkenaan dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas. China dilapor berminat dengan idea tersebut.

Katanya, ketika beliau mengadakan perjumpaan bersama Xi Jinping, Presiden China tersebut terus mengajukan soalan berkenaan cadangan Dana Monetari Asia.

”Apabila saya bertemu dengan Xi Jinping, beliau dengan segera bertanya ‘Saya merujuk kepada idea Dana Monetari Asia dicadangkan Anwar’ dan beliau amat mengalu-alukannya,” kata Anwar.

Beliau yang juga menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia berkata demikian ketika bersidang di Parlimen.

”Tiada alasan untuk Malaysia terus bergantung dengan Dolar,” katanya.

Anwar turut merasakan penggunaan Dolar AS di Malaysia kini tidak memiliki apa-apa makna yag signifikan.

Usaha untuk menubuhkan Dana Monetari Asia dibuat oleh Perdana Menteri ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan buat kali pertama pada 90-an. Bagaimanapun, idea berkenaan gagal direalisasikan memandangkan Dolar Amerika sangat kuat pada waktu itu.

“Yang lebih besar daripada itu adalah tentang Tabung Kewangan Asia dan ini peringkat awal pernah saya cadang dahulu (semasa) sebagai Menteri Kewangan tetapi tidak mendapat sambutan di Asia kerana (pada) masa itu kekuatan Dolar sangat kukuh.

“Tetapi sekarang dengan kekuatan ekonomi China, Jepun dan sebagainya, (bagi) saya cadangan ini harus dirundingkan, sekurang-kurangnya Tabung Kewangan Asia, dan boleh menggunakan ringgit dan mata wang negara tersebut,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Tidak lagi menggunakan dolar AS dalm trasaksi dagangan

Baru-baru ini, China dan Brazil telah menandatangi perjanjian untuk tidak menggunakan dolar AS dalam transaksi dagangan.

China merupakan rakan niaga terbesar Brazil, merangkumi satu per lima daripada jumlah import negara tersebut, diikuti Amerika Syarikat dalam statistik terkini.

Selain itu, China juga merupakan eksport terbesar di Brazil, mengambil kira lebih dari satu pertiga dalam jumlah eksport secara keseluruhan.

BACA: Betulkah Kalau Guna Dolar ‘Auto’ Mata Wang Jadi Besar?

Sumber: Fox News