Malaysia Catat Jangkitan Manusia Ke Manusia Pertama, Kes Koronavirus Meningkat Kepada 14

Fazidi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam siri tweet di Twitter memaklumkan kejadian pertama jangkitan manusia ke manusia dalam kalangan rakyat Malaysia.

Mangsa yang merupakan seorang wanita dari Sungai Petani adalah adik kepada kes pertama rakyat tempatan berusia 41 tahun dijangkiti koronavirus seperti dilaporkan sebelum ini.

Menurut KKM, mangsa ketika ini ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk menerima rawatan.

Satu lagi kes terbaru melibatkan seorang warga China menjadikan kes keseluruhan koronavirus yang disahkan positif di Malaysia kepada 14 kes.

Sumber: KKM