Kredit: Majlis Keselamatan Negara/Bernama

Malaysia Berdepan Gelombang Kedua Covid-19, Kes Positif Libatkan Rakyat Sendiri

Amira

Kuala Lumpur, 5 Mac- Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri mengumumkan kemasukan gelombang kedua COVID-19 di negara ini.

Dalam kenyataan di laman Twitter rasmi jabatan berkenaan, gelombang pertama melibatkan warga China ke Malaysia manakala gelombang kedua melibatkan rakyat tempatan.

“Gelombang kedua bermula dengan kes ke-23 apabila kebanyakan kes jangkitan tempatan dalam kalangan rakyat tempatan,” tulis kenyataan terbabit.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri