Malaysia Airlines Kendalikan Penerbangan Dengan Pasukan “All-Women”
Malaysia Airlines mencatat sejarah apabila mengendalikan penerbangan MH2610 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dengan pasukan wanita, melibatkan tenaga kerja dari darat hingga ke udara.
Gambar: Malaysia Airlines
Gambar: Malaysia AirlinesPenerbangan istimewa itu menampilkan barisan wanita dalam setiap peranan penting. Ini termasuk ejen daftar masuk, jurutera, pegawai keselamatan, kru kabin serta juruterbang.
Ia sekali gus menonjolkan kepakaran, kepimpinan dan kekuatan golongan wanita dalam industri penerbangan.
Malaysia Aviation Group (MAG) turut berkongsi bahawa wanita kini merangkumi 36 peratus tenaga kerja syarikat. Ini mengatasi sasaran 25by2025 yang ditetapkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Pencapaian ini bukan sekadar simbolik, malah menjadi peringatan bahawa wanita mampu terus melakar kejayaan dalam bidang yang sebelum ini didominasi lelaki.
“Semoga penerbangan hari ini memberi inspirasi kepada semua rakan sekerja dan generasi penerbangan masa depan untuk terus bermimpi besar serta berani menongkah cabaran,” tulis Malaysia Airlines.
BACA: Maksud Sebenar “Job Hugging”, Trend Baru Di Tempat Kerja
BACA: Sebab Sebenar Pelajar China Pilih Datang Belajar Di Malaysia
BACA: Tip Bersihkan Tandas Kuning & Kotor Dengan Hanya 5 Bahan
Sumber: Malaysia Airlines