
Malang menimpa seorang bayi yang baru berusia 18 bulan apabila didapati maut selepas terhempap cermin panjang penuh di sebuah butik yang terletak didalam Lapangan Terbang Jewel Changi.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Urban Revivo iaitu salah satu outlet fesyen China di tingkat dua lapangan terbang berkenaan.

Akibat dihempap oleh cermin itu, bayi berkenaan didakwa tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Changi namun telah disahkan meninggal dunia oleh pihak polis.
Menurut pihak berkuasa, mereka menerima panggilan bantuan kira-kira jam 12.30 tengahari mengenai kejadian yang melibatkan bayi berusia 18 bulan itu.
Terkesan dengan kejadian itu, pihak Lapangan Terbang Jewel kesal akan kejadian yang menimpa bayi tersebut dan akan bekerjasama dengan Urban Revivo untuk menyalurkan maklumat dengan lebih terperinci.

Urban Revivo juga menerusi satu kenyataan turut berduka cita akan kejadian itu dan memberi sokongan sepenuhnya kepada keluarga mangsa untuk menghadapi saat yang sukar ini. Walau bagaimanapun, pihak Urban Revivo masih belum membuka premis mereka dengan memaklumkan kepada pelanggan bahawa butik ditutup atas urusan ‘stock take’.
Sumber: Channelnewsasia.com