maksud gred CEFR spm
Gambar: Facebook Mied Majid
Tiada Kategori

Maksud Gred “CEFR” Dalam Slip Keputusan SPM

Iqbal Yasir

Maksud Gred “CEFR” Dalam Slip Keputusan SPM

Seperti yang diketahui, hari ini keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tentunya, perkara pertama yang ingin diketahui sewaktu mengambil slip keputusan adalah gred yang diperolehi dalam setiap mata pelajaran yang diambil.

Umum mengetahui sistem penggredan peperiksaan bermula dari Gred ‘A+’ sehingga ‘G’.

Tetapi, perasan tidak pada bahagian bawah terdapat sistem gred seperti C2, C1, B2, B1, A2, A1 pada Tahap Keseluruhan CEFR Bahasa Inggeris.

Sebenarnya, masih ramai yang kurang jelas mengenai gred ini.

Sehubungan itu, SK akan berkongsi penjelesan Tahap Keseluruhan CEFR Bahasa Inggeris yang terdapat dalam slip keputusan SPM di bawah.

Apa Itu Gred Tahap Keseluruhan CEFR Bahasa Inggeris?

Dalam Sijil SPM, ada tertulis gred “Tahap Keseluruhan CEFR Bahasa Inggeris”.

Ada yang confused dan ada juga yang bertanya gred tu macamana sebab anak cuma dapat C dalam gred CEFR tu tapi A dalam gred SPM.

CEFR ni ala-ala macam satu sistem grading standard International untuk ukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris.

Gradenya terbalik dengan gred kita yang biasa. A1 tu bukan paling tinggi, tapi paling rendah.

C2 (paling tinggi) = Expert (Fasih & Mahir)

C1 = Advanced (Fasih)

B2 = Upper Intermediate (Agak Fasih)

B1 = Intermediate (Boleh berkomunikasi)

A2 = Elementary (Boleh berkomunikasi tp terhad)

A1 = Basic/Beginners (Memerlukan bantuan utk berkomunikasi)

Buku teks Bahasa Inggeris yang sekarang ni, semua murid belajar Bahasa Inggeris berpaksikan CEFR. (Last batch Tahun 6, 2022 sahaja bukan batch CEFR).

Buku teks dan buku rujukan yang digunakan sekarang juga terbitan luar dan semuanya menggunakan standard British English.

Setiap buku teks mengikut tahun ada Tahap CEFR yang dipelajari.

Tahun 1 – ke arah A1

Tahun 2 – A1 low

Tahun 3 – A1 mid

Tahun 4 – A1 high

Tahun 5 – A2 low

Tahun 6 – A2 high

Form 1 – Ulangkaji A2

Form 2 – A2 high

Form 3 – B1 low

Form 4 – B1 mid

Form 5 – B1 high

Jadi, ianya lebih kurang macam ni, kalau SPM dapat Gred CEFR Bahasa Inggeris A2, maksudnya level Bahasa Inggeris student tu lebih kurang Tahap 2 Sekolah Rendah atau Form 1/Form 2.

Kalau dapat C2, kiranya dah boleh berinteraksi dengan mat salleh dengan lancar terus.

P/S: Jadi, penting juga untuk belajar Bahasa Inggeris dengan konsisten sejak sekolah rendah lagi sebab kesinambungannya akan dibawa sehingga ke SPM.

Sumber: Facebook Mied Majid

BACA: Pernah Tular, Cucu Nenek Baca Yasin Semasa SPM Raih 9A