Gambar: Bernama / KWSP

“Maklumat Ini Mungkin Akan Disalahgunakan Untuk Permohonan i-Sinar,” KWSP Ingatkan Ahli Untuk Berwaspada

Aqmal Ezany

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dan ambil tahu dengan informasi peribadi atau maklumat bank yang berada dalam simpanan pihak ketiga.

Menurut perkongsian di akaun Twitter rasminya, segala maklumat tersebut mungkin boleh disalahgunakan untuk permohonan pengeluaran i-Sinar.

“Sentiasalah berwaspada dan ambil tahu tentang penggunaan informasi peribadi atau maklumat bank anda yang berada dalam simpanan pihak ketiga.”

“Maklumat ini mungkin akan disalahgunakan untuk permohonan i-Sinar.”

Sehubungan dengan itu, KWSP menggesa kepada orang ramai untuk melaporkan sebarang info yang mencurigakan ke Pusat Pehubungan KWSP di 03-89226000.

Sumber: @KWSPMalaysia