Maklum Balas Kepada Kenyataan Oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang
PUTRAJAYA, 23 JANUARI 2025 – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ingin merujuk kepada kenyataan oleh YB Dato’ Haji Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal, Ahli Parlimen Bukit Gantang seperti dilaporkan dalam beberapa media berhubung “Isu Beras Putih Tempatan (BPT)” pada 21 Januari 2025.
KPKM menegaskan setiap isu berkaitan padi dan beras hendaklah dirujuk kepada pihak berautoriti supaya rakyat mendapat maklumat yang tepat.
KPKM sentiasa komited untuk mencari penyelesaian terbaik melalui pelaksanaan reformasi industri padi dan beras secara menyeluruh untuk meningkatkan daya saing industri, memperkukuh kebajikan pesawah serta menjamin bekalan beras negara. Langkah-langkah yang bakal diambil bagi memastikan keberadaan BPT di pasaran akan dimaklumkan setelah perincian mengenainya dipersetujui oleh Kerajaan.