Pengalaman melahirkan merupakan detik menggetirkan bagi si ibu dan ahli keluarga kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku. Namun, segalanya pasti bertukar indah sejurus menatap wajah si comel yang menenangkan hati.
Baru-baru ini, seorang pemuda Filipina berkongsi khabar gembira menerima kehadiran ahli baru dalam keluarganya. Apa yang lebih mengujakan ialah dia sendiri yang menyambut kelahiran bayi berkenaan.
Menurut Bowen Suico, dia tidak menyangka akan melihat ibunya melahirkan, apatah lagi membantu proses kelahiran.
“Ibu saya bersalin dan saya membantu kelahiran adik lelaki saya sendiri di rumah.
“Saya tak sangka akan menyaksikan ibu saya bersalin hari ini. Saya juga tak sangka akan menjadi orang yang membantunya bersalin. Saya ragu-ragu, tapi ibu saya memerlukan saya.
“Ibu saya pernah menjadi jururawat. Dia memberitahu apa yang perlu saya lakukan. Dia juga telah 8 kali melahirkan jadi saya tahu dia tahu apa perlu dilakukan dalam situasi itu.
“Saya gembira segalanya berjalan lancar. Ibu saya dalam keadaan baik, begitu juga bayi. Selamat datang ke dunia sebenar Bjenz!” tulis Bowen di laman Twitter miliknya.
“Best grip ever.” -Warganet (Gambar: Twitter)Kisah Bowen membuatkan lebih 57 ribu orang kagum dengannya. Ramai netizen meninggalkan ucapan tahniah kepada si abang yang menjadi hero di hari kelahiran adiknya.
Tahniah


Comel

“Kau lahir aku yang sambut okay.”

Sumber: Bowen Suico