Mak Cik Tolong Jahitkan Tali Beg “Runner” Hantar Martabak Hampir Putus Raih Pujian Netizen

Nur Adnin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Jika anda pernah atau sedang bekerja sebagai runner penghantar makanan, apa perasaan anda jika tiba-tiba tali beg anda putus, makanan pula banyak lagi belum dihantar dan dalam masa sama, masa semakin suntuk?

Mesti anda takut, bukan?

Sebab kita tahu, biasanya pelanggan yang memesan makanan daripada servis penghantaran ini, sebahagian mereka memang sangat ‘tegas’ dengan masa.

Lambat sikit, habis. Sama ada rating rendah, atau kena report di HQ sebab lewat.

Begitulah yang dialami oleh seorang runner ini apabila berdepan dengan tiga situasi genting seperti yang disebut di atas, namun ‘rezeki’ beliau, keadaan itu berjaya diselamatkan oleh insan yang berhati mulia.

Seorang warga Twitter, Amiera Idayu berkongsi tweet mengenai kisah benar ibunya yang bertindak pantas tolong jahitkan tali beg runner Foodpanda yang putus, dalam masa sama runner itu kesuntukan masa kerana perlu menghantar makanan pelanggan lain.

Jom kita baca bebenang ini.

Gambar: Twitter

Bukan sahaja ‘lemas’ dalam hujan, malah waktu berbuka puasa juga kian menghampiri. Siapa yang tidak cemas kan.

Syukur Alhamdulillah. Emaknya yang tampil jadi ‘heroin’ dalam situasi ini. Mujurlah adikya perasan tali putus itu.

Gambar: Twitter

Betul juga kata gadis ini. Sepatutnya (malah sebaiknya) janganlah kita terlalu berkira dengan nilai bayaran, sekalipun jika ada baki maka anggap sahaja baki itu sedekah.

Pengorbanan mereka dalam bertugas menghantar makanan (baca: amanah) kita itu lebih besar sebenarnya.

Ameen.

Terima kasih kepada emak sebab sudi bantu jahitkan tali beg runner itu.

Mesti dalam hatinya akan mendoakan rezeki melimpah ruah serta kesihatan yang baik buat makcik itu.

Sementara itu, situasi tersebut mengundang rasa terharu netizen atas keprihatinan makcik yang pantas menyelamatkan keadaan.

Semoga sikap prihatin mak gadis ini menjadi contoh kepada kita semua.

Sumber: Twitter