Putrajaya, 27 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kebanyakan pesakit COVID-19 pada waktu ini merupakan golongan muda berusia antara 20 hingga 40 tahun.
Tambah KKM menerusi ciapan di laman Twitter, majoriti kes COVID-19 ketika ini adalah sporadik, yang tidak diketahui dari mana punca jangkitan.
Oleh itu, KKM menegaskan agar orang ramai menghadkan pergerakan yang tidak mustahak bagi melindungi diri dan keluarga.
Semalam, negara mencatatkan 63 kes kematian di mana terdapat seorang lelaki berusia 20 tahun yang tidak mempunyai sejarah penyakit kronik.
Sementara itu, sebanyak lapan kes kematian semalam merupakan brought-in-death di mana jenazah telah meninggal dunia di luar sebelum di bawa ke hospital.