majlis perasmian simposium pentadbiran harta islam
Tiada Kategori

MAINS Lancar MyWaghih Dalam Majlis Perasmian Simposium Pentadbiran Harta Islam

Nurul Naqiyah

MAINS Lancar MyWaghih Dalam Majlis Perasmian Simposium Pentadbiran Harta Islam

Pada 10 September 2024 (Selasa), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menganjurkan Majlis Perasmian Simposium Pentadbiran Harta Islam yang bertempat di D’ Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan.

Dato’ Seri Dr. Abdul Aziz bin Sheikh Ab. Kadir, selaku Pengerusi MAINS berkata bukan individu sahaja yang terlibat, malah masyarakat keluruhannya.

“Simposium ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman dan memperluas perbincangan mengenai pentadbiran harta umat Islam, satu aspek penting yang melibatkan bukan sahaja individu, tetapi juga masyarakat secara keseluruhannya”.

Di samping itu, simposium ini merupakan platform yang sesuai untuk bersama-sama mencari penyelesaian dalam memastikan pengurusan harta umat Islam di Malaysia berjalan lancar mengikut syariah yang ditetapkan.

majlis perasmian simposium pentadbiran harta islam

Sistem MyWaghih

Seiring dengan hasrat tersebut, Pelancaran Sistem MyWaghih juga turut berlangsung pada hari yang sama hasil kerjasama antara MAINS dan syarikat Pro Office Sdn Bhd sebagai kemudahan kepada masyarakat yang ingin memohon wasiat.

“MAINS sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menjadi tempat rujukan utama dalam pengurusan harta orang Islam khususnya di Negeri Sembilan. MAINS telah mula menawarkan perkhidmatan pengurusan harta sejak tahun 2018 sehingga kini. Ia merangkumi perkhidmatan runding cara faraid, tuntutan harta pusaka, penyaluran wang tidak patuh syariah, wang orang berhutang, harta tidak dituntut, penyerahan harta luqatah serta bayaran fidyah dan kaffarah.” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

majlis perasmian simposium pentadbiran harta islam

Beliau percaya akan kemudahan yang tersedia dari segi permohonan dan pembayaran dalam sistem MyWaghih ini mampu melakukan perubahan yang drastik.

Sistem ini Sistem mengintegrasikan wasiat dan hibah dalam satu platform, dengan permohonan serta kelulusan diuruskan sepenuhnya dalam talian. Ia turut menggunakan Elektronik Know Your Customer (EKYC) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia, seperti yang dimanfaatkan oleh institusi kewangan tempatan.

Tambahnya, MAINS juga akan memberikan kupon promo ‘MAINSPROMO’ sepanjang tempoh pengenalan sistem ini iaitu sehingga 10 Oktober 2024 kepada semua orang.