Kredit: Google

Mahkamah Antarabangsa Perintah Myanmar Lindungi Etnik Rohingya Daripada Penghapusan Kaum

Amira

Mahkamah Tingi Persatuan bangsa-Bangsa Bersatu telah mengarahkan Myanmar menghalang sebarang bentuk kekejaman daripada berlaku terhadap minoriti Muslim Rohingya di negara itu.

Myanmar juga dituntut supaya memastikan sebarang bukti jenayah kekejaman yang berlaku dilindungi.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengarahkan kerajaan Aung San Suu Kyi untuk mematuhi garisan Konvensyen Pembasmian Kaum 1948.

Menurut The Guardian, terdapat bukti prima facie menunjukkan Myanmar telah melanggar konvensyen itu, membuatkan kira-kira 600,000 etnik Rohingya yang masih berada di dalam negara terancam dengan kekejaman tentera.

Kredit: SkyNews

Keputusan itu sekaligus menolak pembelaan diri Aung San Suu Kyi terhadap tuduhan pelanggaran hak asasi manusia secara sistematik dan jenayah peperangan.

Bahkan, hakim yang dipilih Myanmar dalam perbicaraan itu turut mengundi menentang negara itu.

Keputusan mahkamah itu bagi memastikan kerajaan Myanmar menghentikan sebarang bentuk penghapusan kaum. Kerajaan itu turut diarahkan untuk memastikan pihak tentera dan polis tidak melakukan pembunuhan terhadap minoriti Rohingya.

Mereka juga dilarang menghapuskan bukti penghapusan kaum serta melaporkan kemajuan pematuhan arahan itu kepada PBB dalam tempoh empat bulan.

Sumber: The Guardian