Brasilia: Pada hari Sabtu lepas, Hakim Mahkamah Agung Brazil, Luis Roberto Barroso memutuskan bahawa negara itu mesti menuntut bukti vaksinasi bagi pelawat yang ingin memasuki negara itu.
Presiden Brazil Jair Bolsonaro telah berulang kali menafikan permintaan pengawal selia kesihatan negeri Anvisa untuk menuntut bukti vaksinasi daripada pelawat.
Tetapi Barroso berkata dalam keputusannya bahawa Brazil perlu mengelak daripada menyokong apa yang disebutnya “pelancongan antivaksin.”
Menurut hakim tersebut, keperluan untuk bukti vaksinasi boleh diketepikan hanya apabila pengembara datang dari negara yang tiada vaksin tersedia atau individu itu dihalang daripada vaksinasi atas faktor kesihatan.
Kerajaan telah menangguhkan peraturan yang memerlukan pelawat yang tidak divaksin selama seminggu untuk dikuarantin selama lima hari. hal ini dilakukan kerana serangan penggodam ke atas Kementerian Kesihatan pada hari Jumaat lepas.
Sumber: NDTV News