Mainan sangat penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Seharusnya ibu bapa peka dengan perkara seperti ini. Namun, janganlah kita bazirkan wang untuk beli mainan mahal-mahal sehinggakan anak pun tak sempat untuk bermain.
Pernah tak anda alami semasa belikan mainan baharu kepada anak-anak tetapi mereka tidak sentuh atau tidak berminat dengan mainan tersebut? Ya, pasti ramai yang pernah alami kan. Kenapa ia berlaku?
Pernah tak anda tahu bahawa mainan juga mempengaruhi perkembangan mereka. Jadi, SK ingin berkongsi daripada Public Health Malaysia tentang beberapa perkara yang paerlu ibu bapa tahu.

Anda mungkin sangka, membelikan mainan adalah tanda kasih sayang kepada anak. Lebih mahal lebih baik, lebih canggih lebih hebat dan lebih banyak lebih meriah.
Hakikatnya, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Bermain sangat penting untuk merangsang perkembangan minda mereka , kreativiti dan imaginasi. Oleh itu, pilihlah mainan yang memberi peluang untuk mereka menyelami dunia fantasi kanak kanak.
Pilihlah mainan anak dengan bijak.

Secara kesimpulannya, sebagai ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam merangsang perkembangan mereka. Bak kata pepatah, anak-anak ini ibarat kain putih, ibu bapa yang akan mencorakkan mereka.
Sumber: Public Helath Malaysia