Gambar: AFP

Drama Old Trafford, Man United Bangkit Tewaskan Lyon

Iqbal Yasir

Drama Old Trafford, Man United Bangkit Tewaskan Lyon

MANCHESTER, 18 April — Manchester United bangkit menewaskan Lyon 5-4 (agregat 7-6) dalam aksi penuh dramatik di Old Trafford, untuk mara ke separuh akhir Liga Europa, lapor AFP.

Dalam perlawanan suku akhir kedua di laman sendiri, The Red Devils bermula garang apabila menjaringkan dua pada babak pertama menerusi Manuel Ugarte dan Diogo Dalot.

Bagaimanapun, pelawat berjaya menyamakan kedudukan dengan dua gol untuk mengheret United ke masa tamnbahan.

Lyon Hampir ‘Kuburkan’ United Di Old Trafford

Gambar: AFP

Meskipun Lyon beraksi dengan 10 orang pemain, pasukan pelawat hampir membuat peminat tuan rumah pulang awal selepas bangkit dengan dua gol menerusi Rayan Cherki dan Alexandre Lacazette untuk tuan rumah ketinggalan 2-4.

United yang terdesak untuk mencari gol, berjaya mendapatkan menerusi sepakan penalti Bruno Fernandes, sekali gus membakar kembali semangat anak-anak buah Ruben Amorim.

Kobbie Mainoo yang masuk sebagai pemain gantian berjaya menjaringkan gol pada minit ke-119 untuk mengikat kedudukan kepada 4-4 (agregat 6-6).

Bagaimanapun, Harry Maguire muncul wira The Red Devils selepas menanduk masuk gol kemenangan selepas hantaran daripada Casemiro selang seminit kemudian.

Sementara itu, Amorim mengakui seakan tidak percaya dengan kejayaan yang diraih anak-anak buahnya, dan beranggapan seperti kembali semula ketika kejayaan treble United pada tahun 1999.

“Di Old Trafford, kelab ini, anda sentiasa rasa apa-apa sahaja boleh berlaku dan hari ini adalah salah satunya.

“Kami tahu kami sedang bermain di bawah tahap sebenar dan layak menerima kritikan, tetapi kami masih ada waktu untuk membuktikan sesuatu yang istimewa musim ini,” katanya kepada media.

United kekal “Unbeaten” di Eropah

Kemenangan ini menjadikan Manchester United satu-satunya pasukan yang masih belum tewas dalam kejohanan Eropah musim ini.

Kemenangan ini membolehkan United mara ke separuh akhir dan dijadual menentang Athletic Bilbao. Manakala Tottenham Hotspur bakal bertemu dengan kelab Norway, Bodo/Glimt.

Sumber: AFP

BACA: Arsenal Singkir Real Madrid Di Santiago Bernabeu

BACA: Pengulas Politik AS, Bill O’Reilly ‘Titip Pesan’ Buat Presiden China