Macam Tangkap Kucing, Tular Video Hero Kampung ‘Selamber’ Tangkap Ular Tedung By Amira 31 Mei 2020 9:14am Berita Selamba dan bersahaja, seorang lelaki di sebuah kampung dipercayai di Perak berjaya menangkap seekor ular tedung sambil diperhatikan penduduk lain.Dalam video dikongsikan salah seorang penduduk, lelaki itu memegang bahagian kepala ular dan mengheretnya dari belakang sebuah rumah.Dia kemudiaannya membawa haiwan berbisa itu ke halaman sementara menunggu ketibaan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).Dalam video kedua, anggota JPAM tiba dipercayai untuk mengambil alih dan menguruskan haiwan berkenaan dari lelaki tersebut.Video berdurasi 41 saat itu menarik perhatian warga Twitter dengan 3.6 ribu tanda suka dan 4.9 ribu ulang kicau.“Handal orang kampung aku ni, tangkap ular tedung macam tu je,” tulis Myst.Video itu membuatkan orang ramai kagum dengan keberanian lelaki berkenaan.Macam tarik paip getah nak siram pokok bungaTangkap ular macam tangkap kucingKalau terlepas, bertempiaran lari ke BotaBesar betul ular, mahu 3 meter panjangnyaKorang jangan tiru, gaya dia ni berilmuSumber: Myst