Gelagat 'Pak Long'
Kredit: @coco_kruchh via TikTok
Tiada Kategori

Macam Irama Kompang, Gelagat ‘Pak Long’ Jual Pisang Goreng Buat Ramai Ketawa

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Macam Irama Kompang, Gelagat ‘Pak Long’ Jual Pisang Goreng Buat Ramai Ketawa

Memancing merupakan salah satu hobi atau aktiviti yang mempunyai kelompak penggemar yang sangat ramai, khususnya dalam kalangan lelaki.

Bagi mereka, aktiviti ini bukanlah sekadar hobi kerana ia juga dapat memberi ketenangan dan kepuasan, selain menikmati keindahan alam.

Setiap pancing dan umpan yang dilempar akan ditunggu dengan penuh sabar dan sedia untuk direntap apabila disambar.

Dalam waktu-waktu ini, hiburan menjadi sahabat yang tidak ternilai. Ia bukan sahaja mampu menghilangkan rasa bosan, malah menjadikan pengalaman memancing lebih menyeronokkan dan bermakna.

Sama ada melalui perbualan mesra dengan rakan-rakan atau sekadar menikmati alam sekitar, hiburan boleh menjadi elemen penting yang menyeimbangkan ketenangan dan keseronokan.

Hiburan ketika memancing juga membantu memupuk kreativiti dan keakraban antara pemancing, menjadikan ia satu pengalaman yang penuh kenangan.

Gelagat pakcik ini buat ramai terhibur

Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial apabila seorang lelaki warga emas cuba menghiburkan para pemancing yang menyertai pertandingan memancing di Kolam Titi Mega Haji Idris, Kedah.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @coco_kruchh di TikTok, pada awalnya lelaki tersebut atau lebih mesra dipanggil ‘Pak Long’, dilihat sedang membawa bakul berwarna hijau yang berisi makanan untuk dijual kepada para pemancing.

Dalam masa yang sama, Pak Long sedang mempromosikan pelbagai makanan seperti pisang goreng dan keropok lekor kepada pengunjung.

Apa yang paling menghiburkan ialah cara Pak Long mempromosikan makanannya, seakan-akan mengikut irama kompang semasa majlis perkahwinan. Gelagatnya yang spontan itu terus berjaya menceriakan suasana di kolam, membuatkan semua pemancing ketawa.

“Pisang pisang goreng goreng pisang pisang goreng goreng keropok keropok keropok keropok,” itulah yang disebut oleh Pak Long.

Video berkenaan mendapat 885.5k tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberikan pelbagai reaksi positif, selain mendoakan agar Pak Long sentiasa dimurahkan rezeki dan perniagaannya terus laris.

“Masa stress ikan tak dapat, ada juga hiburan,” komen seorang wargamaya.

“Marketing dia memang buat orang ketawa,” komen seorang lagi wargamaya.

BACA: Pelajar Hafizah Raih 10A SPM & Tokoh Sahsiah Terpuji Beri Ucapan Dalam Bahasa Jepun

Sumber: @coco_kruchh via TikTok