skirt familiar
Gambar: TikTok @juliawears3 
Tiada Kategori

Macam Familiar, Skirt Jenama Luar Negara Ni Buat Netizen Tak Senang Duduk

Hannah

Macam Familiar, Skirt Jenama Luar Negara Ni Buat Netizen Tak Senang Duduk

Sebut pasal dunia fesyen, kita tahu bahawa para pereka fesyen di dunia sentiasa berlumba-lumba demi menghasilkan sesuatu yang baharu, unik dan mampu mencetuskan fenomena.

Tapi, pernahkah kita terfikir dari mana datangnya inspirasi mereka? Bagaimana sebuah idea yang unik boleh diterjemahkan menjadi rekaan fesyen yang dianggap ‘sempurna’ dan mampu mencuri perhatian ramai?

Hakikatnya, soalan ini sukar dijawab melainkan kita bertanyakan terus kepada mereka yang pakar.

Bila yang ‘biasa’, jadi ‘luar biasa’

Baru-baru ini, tular sebuah video dari luar negara yang memaparkan seorang wanita memperagakan skirt. Menariknya, corak pada skirt itu kelihatan sangat “familiar” di mata masyarakat Malaysia dan Indonesia.

Siapa sangka, kain pelikat atau sarung yang selama ini dililit dan dipakai begitu sahaja, mendapat tempat dalam dunia fesyen antarabangsa.

Umum diketahui, di rantau kita, kain pelikat bukanlah sesuatu yang asing. Ia digunakan untuk solat, dijadikan kain tidur, malah kadangkala ‘uniform rasmi’ kaum lelaki ketika bersantai di rumah. Ringkas, selesa dan praktikal.

Namun, apa yang sering dianggap biasa oleh kita, rupa-rupanya boleh menjadi luar biasa di mata dunia.

Lebih mengejutkan, skirt tersebut bukan calang-calang rekaan. Ia adalah antara koleksi terbaru daripada sebuah jenama fesyen yang cukup terkenal di Sweden.

Dengan hanya sedikit sentuhan potongan moden, ia terus kelihatan sedikit ‘mewah’.

Netizen tak lepaskan peluang menyakat

Seperti biasa, ruangan komen jadi lebih menarik daripada video itu sendiri. Ramai yang berseloroh, siap memuat naik gambar koleksi kain pelikat mereka di rumah.

“Patutlah kain pelikat bapa aku hilang.”

“Tak sangka kain pelekat bapa aku boleh jadi fashion.”

“Dah kenapa macam kain pelikat abah aku. Kalau hilang nanti mak aku cari pula siapa ambil kain pelikat abah aku.”

“Saya suggest brand gajah duduk, Kak. Harga rahmah lepastu boleh custom nak labuh mana. Warna pun banyak. Ayah saya dah try, recommended.”

BACA: Perkara Yang Boleh Dituntut Oleh Waris Sekiranya Pesara Kerajaan Meninggal Dunia

BACA: Ramai Terkedu Bila Orang Luar ‘Komen’ Pasal Penghargaan SARA

BACA: Tuntutan Ganti Rugi Pertunangan – Peguam Syarie

Sumber: TikTok @juliawears3