Macam Daging Campak Kat Mata Pisau, ”Rider” Risau Bahagian Tajam Besi Penghadang Jalan Bahayakan Nyawa By Amira 25 Julai 2019 4:34am Berita Funtasticko.net/Nizam Rider Kes kematian atau kecederaan serius melibatkan besi penghadang jalan bukan lagi asing di dada-dada akhbar. Kebanyakan jalan dan lebuh raya di Malaysia menggunakan penghadang jenis bullnose dan W-beam Guardrail.Walaupun ia mematuhi Garis Panduan REAM (REAM- GL 9/2006; Guidelines on Design and Selection of Longitudinal Traffic Safety Barrier), penghadang jenis ini sebenarnya didakwa masih mempunyai kekurangan yang boleh membahayakan pengguna terutamanya penunggang di laluan motosikal.Menurut seorang penunggang motosikal, Nizam Rider, bahagian belakang besi penghadang yang menghadap ke arah lorong motosikal amat tajam dan boleh mendatangkan kecederaan serius.Kredit: Nizam RiderBesi ni tajam nak mamposss. Lebih-lebih lagi ia menghadap ke arah lorong motosikal. Seandainya rider hilang kawalan motor dan terlanggar benda ni, boleh mendatangkan kecederaan serius. Atau lebarkan laluan motosikal.FOR OUR FALLEN BROTHERSKirimannya mendapat sokongan penunggang yang lain serta ada antara mereka berkongsi pengalaman mereka tercedera akibat terkena besi tersebut.Kes terbaru putus kaki kelmarinNizam RiderKredit: Nizam RiderMaut akibat besi penghadangNaik taraf dengan penghadang lebih selamatAda juga yang mencadang agar penghadang tersebut dinaik taraf dengan struktur keselamatan yang lebih terjamin.Sumber: Nizam Rider