Luxembourg merupakan negara pertama menyediakan perkhidmatan awam percuma kepada rakyatnya.
Pengangkutan terlibat adalah bas, keretapi dan tram yang sedia percuma pada setiap hari Sabtu sebelum ini.
Menurut Menteri Pengangkutan, Francois Bausch, inisiatif itu bagi mengatasi masalah kesesakan trafik disebabkan penggunaan kereta yang tinggi dalam kalangan penduduknya.
“Sebab utamanya adalah untuk menyediakan mobiliti berkualiti dan seterusnya (faktor) isu persekitaran,” katanya kepada Reuters seperti dilapor ITV News.
Negara kecil yang kaya itu memulakan langkah berkenaan bagi membantu rakyat terutamanya isi rumah yang berpendapatan rendah dalam meminimakan kos perjalanan mereka.
Menurut portal DW, jualan tiket pengangkutan awam negara itu sebelum ini adalah €41 juta (kira-kira RM191 juta), iaitu hanya 8 peratus dari bajet tahunan pengangkutan negara, €500 juta.
Sebahagian besar penduduk negara kecil berpopulasi kira-kira 614,000 ini terdiri daripada warga asing termasuk rakyat Portugis dan Perancis.