lupa bunyikan hon
Kredit: amirulyurinuh
Tiada Kategori

Lupa Bunyikan Hon, Ayah Sanggup Patah Balik Demi Senyuman Anak-Anak

Sofea

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Lupa Bunyikan Hon, Ayah Sanggup Patah Balik Demi Senyuman Anak-Anak

Kehadiran anak-anak dalam rumah tangga bukan sekadar menjadi penyeri tetapi juga pelengkap kepada kasih sayang antara pasangan suami isteri.

Anak-anak juga merupakan amanah yang perlu dijaga dengan sebaiknya dan tidak disia-siakan.

Dalam pada itu, fasa ketika mereka membesar di depan mata menjadi momen yang sangat bermakna buat semua ibu bapa.

Walaupun kadang kala gelagat mereka boleh membuatkan ibu bapa pening kepala, tetapi itu akan menjadi memori indah yang kekal terpahat dalam ingatan sampai bila-bila. Apatah lagi jika anak-anak menunjukkan rasa kasih sayang mereka terhadap ibu bapa.

“Dah jadi rutin anak-anak”

Itu yang dapat dilihat menerusi satu video di TikTok yang dikongsikan oleh @amirulyurinuh pada Rabu.

Video tersebut memaparkan gelagat anak-anaknya yang teruja melambai dan mengucapkan selamat jalan kepadanya yang ketika itu dalam perjalanan untuk bekerja.

“Dah jadi rutin anak-anak pula bye-bye waktu kita buat Grab Food,” kata Amirul di kapsyen.

Apa yang menarik perhatian adalah dia terlupa untuk membunyikan hon motosikal ketika bergerak keluar dari kawasan perumahan.

Ketika itu anak-anaknya melambai dari tingkap rumah dengan harapan agar sahutan mereka didengari.

BACA JUGA: Niat Nak Minta Tolong, Sekali ChatGPT ‘Naik Angin’

Patah balik ke rumah

Amirul berpatah balik ke rumahnya selepas menerima mesej dari isterinya mengenai perkara tersebut.

Tindakannya itu membuatkan anak-anaknya yang berusia 3 dan 4 tahun sangat teruja dan tersenyum kegirangan.

Mungkin dilihat remeh bagi sesetengah orang tapi ia merupakan salah satu momen paling mahal untuk ibu bapa. Video ini akan menjadi salah satu memori yang akan diputarkan semula apabila anak-anak itu telah membesar dewasa.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang merasa sebak melihat video terbabit dan mendoakan Amirul sekeluarga.

“Adui bang, skrin telefon saya pulak kabus. Saya doakan abang sekeluarga senantiasa di bawah lindungan rahmatNya, penuh dengan kasih sayang dan segala yang baik”

“Akak doakan semoga Allah kurniakan rezeki seluas-luasnya. Dipelihara dalam urusan mencari rezeki dan diberi kesihatan yang baik dan selalu dalam mawaddah warahmah Allah Taala bersama keluarga”

“Ya Allah kau mudahkan segala urusan keluarga ini. Kau bukakanlah pintu rezeki seluas-luasnya pada keluarga ini. Kau lindungilah keluarga ini dari segala perkara buruk dunia dan akhirat”

Sumber: amirulyurinuh