Gambar: Kruger National Park

“Luar Dari Kebiasaan” Gelagat Singa Bersenang ’Lepak’ Tengah Jalan Raya Tarik Perhatian

Sofea

Sebelum ini, tular mengenai kambing di Wales dan khinzir hutan di Itali yang keluar ke jalan-jalan di tengah bandar. Nampaknya haiwan di seluruh dunia menyesuaikan diri dengan baik tanpa keberadaan manusia ketika pandemik Covid-19 ini.

Manakan tidak, bahkan singa-singa juga menikmati kedamaian dan ketenangan. Ianya dapat dilihat menerusi gambar-gambar yang dikongsikan oleh Taman Negara Kruger di Afrika Selatan.

Gambar-gambar menyaksikan kawanan singa itu sedang bersantai di jalanan dan nampaknya tidak terganggu dengan kehadiran jurugambar yang juga merupakan renjer taman, Richard Sowry.

“Singa-singa ini kebiasannya tinggal di Taman Kempiana Contractual iaitu kawasan yang tidak dapat dilihat oleh pelancong Kruger.

“Petang ini mereka berbaring di atas jalan tar tepat di luar Orpen Rest Camp,” tulis Taman Negara Kruger dalam satu ciapan di Twitter.

“Berbaring di atas jalan sewaktu siang hari adalah luar dari kebiasaan kerana biasanya akan ada lalu lintas dan memaksa mereka untuk berada di dalam semak,” kata jurucakap taman itu, Isaac Phaahla.

Phaahla juga berkata bahawa perintah berkurung tidak menyebabkan banyak perubahan dalam tingkah laku haiwan.

Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa mengumumkan perintah berkurung selama 21 hari dan ia telah dilanjutkan sehingga akhir bulan ini.

Sumber: CNN