Baru-baru ini Siakap Keli (SK) ada menerima surat kiriman daripada salah seorang pembaca setia di ‘Inbox’, meluahkan pandangan peribadinya mengenai isu pendidikan negara.
Rasanya semua sudah maklum, isu pendidikan negara kini agak ‘bergolak’ dengan spekulasi; adakah sekolah perlu ditutup kerana kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat & pelajar kembali menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR).
Pembaca tersebut yang juga graduan lulusan pendidikan berkata, secara peribadinya beliau berpandangan bahawa menutup sekolah di kala pandemik ini bukanlah satu jalan terbaik. Malah lebih banyak risiko yang bakal menanti.
Menariknya, luahan pandangannya itu menerima respon positif daripada kalangan netizen. Sehubungan itu, baru-baru ini tampil lagi seorang pembaca yang menyuarakan pandangan serupa. Kali ini, daripada golongan ayah pelajar sendiri.
Jom ikuti perkongsian kiriman pembaca di bawah ini:-
Kiriman di ‘Inbox’ Siakap Keli
Assalam admin Siakap Keli. Saya Hanif, berasal dari Johor. Haritu saya ada terbaca tentang surat kiriman pembaca pasal pandangannya terhadap langkah penutupan sekolah semasa wabak COVID-19. Apa yang dia kata tu betul, sekolah sepatutnya tak boleh ditutup..lagi banyak buruk berbanding baiknya. Saya ni ayah kepada tiga orang anak, pendapatan Alhamdulillah cukup setakat ini. Walaupun saya mampu belikan anak-anak segala kelengkapan belajar di rumah, tapi pada saya belajar di rumah ni bukan penyelesaiannya.
Pertama, kalaulah anak-anak saya berPDPR di rumah, mereka takkan lagi boleh bercampur dengan kawan-kawannya di sekolah secara fizikal. Padahal fitrah budak-budak..mereka ni gemar berkawan. Apabila masing-masing dah duduk di rumah sendiri, sudah tentu hubungan rapat mereka mulai renggang dan ada jurangnya. Boleh jadi keharmonian itu akan berkurang sedikit.
Kedua, kalaulah anak saya berPDPR di rumah, pembesaran fizikal dan kesihatan mereka boleh jadi tidak sempurna. Hanya duduk di depan komputer dan menghadap skrin berjam-jam lamanya. Itu tidak masuk lagi terpaksa ‘perah otak’ belajar pelbagai subjek dalam sehari. Saya bimbang anak saya akan hadapi risiko kesihatan seperti masalah mata dan tulang belakang apabila dewasa nanti.
Ketiga, kalaulah anak saya berPDPR di rumah, saya bimbang tiada siapa yang boleh pantau dirinya sepanjang masa. Saya bekerja di pejabat, isteri pun bekerja. Awal pagi kami keluar, lewat petang baru balik. Yang ada di rumah hanyalah bibik. Apa yang bibik boleh bantu daripada segi pembelajarannya? Saya risau, nanti anak saya akan bersikap acuh tidak acuh sebab rasa ‘selesa’ tidak dipantau. Leka bermain akhirnya pelajaran terabai.
Keempat, kalaulah anak saya berPDPR di rumah, kes jangkitan COVID ni tidak akan terubah apa-apa. Lihatlah akhir-akhir ni kes semakin naik semula. Kita pernah capai angka jangkitan terendah, kita juga pernah jalani PDPR sebelum ini..tapi hasil pemerhatian saya, PDPR agak kurang sesuai dan kurang membantu KKM turunkan kes.
Kelima, kalaulah anak saya berPDPR di rumah, saya yakin mereka tetap tidak lari daripada ancaman wabak. Mungkin mereka sudah selamat daripada virus di sekolah, tapi kena ingat, di kawasan sekolah SOP agak ketat. Sekurang-kurangnya pergerakan mereka masih terkawal. Tapi bila di rumah, saya dan isteri tiada & tiada siapa kawal mereka. Manalah tahu ada waktu-waktunya mereka keluar, terdedah dengan wabak di mana-mana & balik semula ke rumah bersama virus. Lagilah berbahaya pada saya.
Demikianlah pandangan saya tentang isu penutupan sekolah ini. Pendek kata..saya memang amat berat hati kalau kementerian berhasrat mahu jalankan PDPR kembali. Cukuplah PDPR sebelum ini, kali ini biarlah anak-anak saya kekal di sekolah. Sudah sampai masanya kita ajar mereka berdikari mendepani ancaman virus sendiri. Bukan ke itu juga satu cara untuk mendidik? Harap surat ini disiarkan juga. Terima kasih Siakap Keli..
Hanif,
Johor.