
Menunjukkan komitmen berterusan terhadap sokongan membangkitkan keusahawanan dan ekonomi negara dengan memberi ruang kepada barangan buatan Malaysia, Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) telah melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia yang ke-lapan (KBBM), dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Lotus’s Setia Alam hari ini.

Kempen tahunan ini terus berperanan sebagai platform penting bagi usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Malaysia untuk memperkenalkan dan memasarkan produk keluaran tempatan mereka kepada lebih ramai pengguna di seluruh negara.

Inisiatif ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran produk, demonstrasi memasak, sesi merasa, dan promosi di dalam stor — memberi peluang kepada pengguna untuk menerokai serta membeli produk buatan Malaysia daripada PMKS yang mengambil bahagian pada harga berpatutan.
Majlis pelancaran kempen hari ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Senator Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, bersama Azliza Azmel, Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia.

“Di Lotus’s, kami percaya bahawa PMKS tempatan merupakan tulang belakang ekonomi negara. Melalui kempen ini, kami ingin secara berterusan menjadi platform yang membantu mereka memperluaskan perniagaan dan memperluaskan pangkalan pelanggan.
Kerjasama jangka panjang kami bersama KPDN mencerminkan komitmen bersama untuk memacu pertumbuhan ekonomi domestik dan memperkukuh keupayaan ekonomi negara,” kata Azliza Azmel, Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia.

“Dengan menonjolkan inovasi dan kualiti barangan tempatan, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menyokong jenama buatan tempatan, agar setiap Ringgit yang dibelanjakan memberi impak positif kepada perniagaan serta komuniti tempatan,” tambah Azliza.
Selain KBBM, Lotus’s Malaysia sentiasa melabur kepada usaha menaik taraf PKS dan inisiatif pembinaan keupayaan, termasuk:
SME Fair yang diadakan dua kali setahun, menawarkan diskaun sehingga 50% untuk produk PMKS terpilih.
Penyertaan aktif dalam sesi kesesuaian perniagaan yang diaturkan oleh pihak KPDN dan agensi-agensi kerajaan yang lain untuk mengenalpasti pembekal PKS yang berpotensi.
Seminar Pemerkasaan PKS, memberi kapasiti menaik taraf bakat yang dapat membuka pintu kepada lebih 400 individu yang tergolong dari 150 syarikat sejak 2024, bersama tujuh PMKS dari sesi terbaharu sedang bersedia untuk menyenaraikan produk mereka di Lotus’s; dan
Program bimbingan berterusan untuk pembekal PMKS sedia ada, bagi membantu mereka meningkatkan kebolehpasaran produk, mengembangkan jualan dan memperkukuh kualiti barangan.

KBBM 2025 menampilkan 19 PKS yang terlibat, termasuk 11 usahawan dari Seminar Pemerkasaan PKS Lotus’s baru baru ini. Lotus’s juga ingin mengalu-alukan lima usahawan sosial untuk kempen ini, sejurusnya mempamerkan inisiatif yang mempromosikan pakaian aktif untuk orang kurang upaya (OKU), peluang pekerjaan kepada mereka, pendidikan alam sekitar, inisiatif pemerkasaan makanan dan minuman serta penyelesaian protein yang mampan.

Menambah kemeriahan program, Lotus’s Setia Alam turut menganjurkan promosi eksklusif “Jualan Rahmah” selama satu hari pada 6 November 2025, dengan tawaran diskaun sehingga 30% bagi 75 SKU terpilih, termasuk barangan runcit, bahan asas, pencuci rumah, serta hasil segar.

Bersempena dengan kempen ini juga, Lotus’s turut memberi pengiktirafan kepada beberapa pembekal PMKS berprestasi tinggi atas kecemerlangan perkhidmatan dan prestasi jualan mereka — sebagai galakan kepada usahawan tempatan untuk terus menambah baik mutu produk serta bersaing dengan jenama yang lebih besar.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti terkini di Lotus’s Malaysia, layari laman rasmi Lotus’s di:
Laman Web: https://corp.lotuss.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/LotussMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/lotussmalaysia