Semalam agak heboh di media sosial apabila sebuah lori yang membawa muatan susu cair terbalik di sebuah kawasan di Bachok, Kelantan. Kejadian itu mula tular apabila seorang invidu memuatnaik gambar-gambar di sebuah group di laman Facebook.

Dikatakan bahawa pemandu mengalami luka dibahagian dahi manakala majikan (pemilik lori) mereka didakwa cedera parah kerana diserbu oleh penduduk setempat yang berebut mengambil susu yang bertaburan di mana-mana. Malah, ada inidividu yang didakwa mengambil sehingga dua hingga tiga kotak susu berkenaan.
Namun isu ini mula hangat diperkatakan kembali setelah inidividu yang mendakwa sebagai anak pemilik lori terbabit memuatnaik hantaran di laman Facebooknya. Wanita itu meminta supaya mereka yang terlibat memulangkan semula susu yang telah diambil.
Diakhir hantarannya itu, Alinie turut meminta semua pihak berhenti menyebarkan perkara tidak benar dan fikir tentang kesan segala tindakan terutamanya perkara yang melibatkan isu halal dan haram.
Sumber: Ryu Kusanagi & Alinie Nasyira