Gambar: Twitter

Lokasi Terakhir Di Pejabat Pos UIA, Wanita Rayu Warganet Bantu Kesan Adik Hilang Tanpa Jejak

Nur Adnin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Seorang wanita merayu kepada warganet di media sosial agar bersama-sama membantu mencari adik lelakinya yang hilang sejak beberapa hari yang lalu.

Wanita tersebut yang menggunakan nama akaun @txquilasunrisx di Twitter memuat naik hebahan tersebut kira-kira pukul 3.32 petang semalam.

“Dukacita aku nak maklumkan bahawa orang yang dalam post ni adalah adik aku. Dengan rendah hati, aku nak mintak tolong retweet dan sebarkan.

“Dan bagi sesiapa yang ada maklumat boleh DM aku ataupun contact number yang tertera. Jasa baik korang amat aku hargai. Terima kasih,” katanya dalam hebahan di Twitter semalam.

Dalam pada itu, menurut wanita tersebut, mereka dapat mengesan lokasi terakhir adiknya berada adalah di Pejabat Pos UIA Gombak pada 7 Disember lalu.

Bagi mereka yang ingin membantu atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan, boleh menghubungi nombor di talian 03-64215555 (OSeM) atau 010-2899483 (Puan Mimiyati).

Sumber: Twitter