Hari ini merupakan cuti umum sempena Hari Kemerdekaan yang ke-63. Sudah tentu orang ramai membawa keluarga untuk keluar berjalan-jalan dan bersiar-siar.
Lembaga Lebuh Raya Malaysia sebentar tadi melaporkan trafik sesak sejauh 17 kilometer selepas Plaza Tol Bentong ke Genting Sempah. Pengguna jalanraya diminta berhati-hati ketika memandu.
Orang awam juga diingatkan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika berada di tempat awam. Jaga penjarakkan fizikal, pakai pelitup muka di tempat awam yang sesak untuk membendung penularan Covid-19.

Sumber: LLM