tokti gelecek bola
Gambar: Instagram Siti Nurhaliza

Lincah Main Futsal, TokTi Tunjuk Skill Gelecek Bola Siap Jaringkan Gol

Iqbal Yasir

Lincah Main Futsal, TokTi Tunjuk Skill Gelecek Bola Siap Jaringkan Gol

Siapa sahaja tak kenal dengan Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara ini?

Meskipun telah lama berkecimpung dalam industri seni tanah air, Datuk Siti Nurhaliza merupakan seorang yang sangat merendah diri dan mempunyai kelunakan suara yang tiada banding.

Jadi, tidak hairan, mengapa beliau sangat disayangi oleh rakyat Malaysia.

Baru-baru ini, gelagat Datuk Siti Nurhaliza atau lebih dikenali sebagai Tokti bermain sukan futsal di sebuah gelanggang bersama kakitangannya mencuri perhatian netizen di media sosial.

Video berkenaan dimuat naik oleh Tokti di platform Instagram, memaparkan situasi pemainan yang cukup meriah itu.

“Ini momen sayalah! Heheheh. Dah lama tak main (futsal) tiba-tiba staff pilih nak main futsal. Kita layankan saja.

“Ni kebetulan menjadi permainan ni. Staff saya yang perempuan hebat-hebat juga.

“Seronok dapat tingkatkan semangat berpasukan. Good job CTDK team!” tulisnya di platform berkenaan.

Macam lipas kudung, kiri kanan lepas, siap score lagi

Gambar: Instagram Siti Nurhaliza

Menariknya lagi, Tokti bukan sahaja melibatkan diri dalam aktiviti tersebut malah beliau juga lincah menggelecek bola tak ubah seperti lipas kudung.

Perlawanan yang turut diadili oleh pengadil itu juga memaparkan beberapa momen yang mencuit hati ramai.

Salah satunya, Tokti terlanggar seorang perempuan (dipercayai kakitanganya) sewaktu bermain. Namun, disebabkan sikapnya yang sentiasa merendah diri, beliau sempat membantu dan memeluk wanita tersebut sebagai tanda maaf.

Selain itu, Tokti turut berpeluang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti yang diberikan dalam permainan tersebut.

BACA: Peminat Tanya Siapa Penyanyi Nombor Dua Negara, Ini Jawapan TokTi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut terhibur melihat gelagat Tokti yang hebat dalam sukan itu.

Sesetengah mereka memuji kemahirannya dalam menggelecek bola selain kagum dengan dirinya kerana masih kekal aktif bersukan tak ubah seperti remaja.

“Awas! Bertenaga betul dato sampai penjaga gol pun nampak gelisah tu,” komen seorang pengguna.

“Alamak.. kemahiran dah ada. Tolong beri nama penuh,” komen seorang pengguna lagi.

“Bila Siti Nurhaliza beraksi.. siap peluk staff yang terjatuh lagi,” tulis pengguna lain.

“Allahu nampak macam biasa je main futsal. Tetap comel time dribble bola tu. Hehehe,” komen pengguna lain.

Sumber: Instagram Siti Nurhaliza