Lima individu dilaporkan maut selepas belon udara panas dinaiki terbakar dan terhempas di New Mexico.
Lapor Daily Star, belon itu telah berlanggaran dengan wayar elektrik sebelum terbakar, menyebabkan ia jatuh ke tanah dalam kejadian pada Sabtu.
“Malangnya, apabila pegawai polis tiba di tempat kejadian, empat daripada mereka sudah meninggal dunia,” kata jurucakap polis tempatan, Gilbert Gallegos.
Jelasnya, seorang lagi mangsa yang cedera disahkan meninggal dunia di hospital.
“Pegawai kami yang tiba dahulu di tempat kejadian menghadapi waktu sukar menyaksikan apa yang mereka lihat. Ia perkara yang cukup dahsyat,” katanya.
Pihak polis sedang mengenalpasti ahli keluarga bagi mangsa-mangsa yang terlibat.
Sumber: Daily Star