Lima Negeri Yang Tak Ambil Cuti Tahun Baharu 2026
Lebih kurang seminggu lagi, tahun 2025 bakal melabuhkan tirainya.
Ramai rakyat Malaysia dilihat sedang membuat persiapan untuk menyambut kedatangan tahun baharu pada 1 Januari 2026 (Khamis depan) termasuk pergi bercuti.
Apatah lagi ketika ini, cuti sekolah telah pun bermula. Pastinya, ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta.
Namun, tahukah anda, sebenarnya cuti tahun baharu ini bukanlah cuti umum kebangsaan bagi seluruh negeri.
Oleh itu, terdapat beberapa negeri yang tidak mengambil cuti ini sebagai cuti umum meskipun kebanyakan negeri lain menikmatinya.
Sehubungan itu, SK kongsikan lima negeri yang tidak cuti tahun baharu, Khamis depan.
Negeri Yang Tak Ambil Cuti Tahun Baharu
Menurut perkongsian jadual Hari Kelepasan Am Negeri 2026, Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu merupakan negeri yang tidak mengambil cuti berkenaan.
Gambar: Kabinet.gov.mySemoga bermanfaat
Sumber: Kabinet.gov.my