
Lima Negeri Diramal Hujan Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga jam 9 malam ini.
Menurut kenyataan itu, negeri yang terlibat ialah Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
“Di Terengganu, hanya dua daerah yang diramal hujan seperti Dungun dan Kemaman. Manakala di Pahang pula melibatkan daerah Rompin.
“Di Johor, hanya melibatkan daerah Mersing.
“Beralih ke Sarawak, beberapa kawasan diramal hujan seperti Kuching, Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang).
“Di Sabah pula seperti Pedalaman (Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau), Sandakan dan Kudat,” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia