Lima maut, bas mini diseret lori sejauh 2 Kilometer
Kemalangan maut membabitkan sebuah lori dan bas mini mengorbankan lima orang di Tol Bawen-Unggaran Km 438+500 B pagi tadi, lapor Detik.com.
Polis mendedahkan bas mini itu diseret sejauh dua kilometer dibahagianbelakang lori yang membawa muatan kayu balak itu.
“Bas mini itu merempuh lori Fuso yang dalam perjalanan di laluan perlahan dan arah yang sama dihadapannya lalu diseret sejauh dua kilometer,” jelas Ketua Perhubungan Awam Polis Jawa Tengah, M Iqbal Alqudussy dalam satu kenyatan bertulis.
Iqbal berkata, pemandu lori itu hanya menyedari bas mini itu diseret selepas diberitahu oleh pemandu lain.
“Kemudian dua kenderaan bermotor itu berhenti di bahu jalan selepas pemandu lori menerima maklumat daripada pemandu lain bahawa sebuah kenderaan lain telah melanggar lori Fuso yang membawa kayu,” kata Iqbal lagi.
Kemalangan maut itu dilaporkan berlaku pada 4.05 WIB pagi tadi. Kemalangan membabitkan bas mini dengan sebuah lori Fuso.
“Lori dan bas mini dari arah Pasuruan memandu ke Bawen untuk ke Semarang. Kemudian setibanya di TKP, bas mini itu melanggar sebuah lori yang sedang dalam perjalanan di laluan perlahan dan arah yang sama di hadapannya,” kata Ketua Perhubungan Awam, M Iqbal itu lagi.
Akibat dari kejadian itu, lima orang telah maut. Empat maut di tempat kejadian dan seorang lagi mangsa meninggal dunia di hospital.
Mangsa maut ialah pemandu, pembantu dan penumpang bas mini. Sementara tujuh lagi penumpang bas mini masih dirawat di Hospital Unggaran.
Sumber: Detik.com