Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan. Semakin besar kejayaan yang ingin dicapai, semakin getir jugalah dugaan yang perlu ditempuhi. Lebih-lebih lagi jika ingin menuai hasil dalam bidang perniagaan, pengorbanan dari segi wang, masa, dan tenaga bukanlah sedikit.
Tanyalah mana-mana peniaga yang anda kenal, kejayaan yang mereka raih tidak datang sekelip mata, malah banyak pula onak dan duri yang perlu diredah. Sama seperti kisah yang ingin dikongsikan oleh seorang anak jati yang berasal dari Telok Panglima Garang Selangor ini.

Sama seperti anak muda lain, beliau juga perlu memerah keringat setiap hari semata-mata mahu mencari rezeki untuk mengisi perut diri sendiri dan orang tersayang, apatah lagi beliau mendirikan rumah tangga seawal usia 22 tahun. Tanggungan yang perlu dipikul sentiasa membuatkannya ligat mencari duit.
Tapi bukan semuanya mudah buat anak bongsu dari tiga adik-beradik ini. Nekad memulakan perniagaan di usia 18 tahun, empayar yang dibina tidak bertahan lama seperti yang diimpikan malah terpaksa menanggung kerugian akibat tiada ilmu dan bimbingan.

Perniagaan pertama yang beliau ceburi adalah menjual burger secara francais dan setelah 2 tahun beliau pula membuka sebuah kafe berkonsepkan makanan “western” yang menelan belanja agak besar dan akhirnya terpaksa ditutup setelah 6 bulan mengusahakan kafe tersebut kerana kurang sambutan pada waktu itu.
Biarpun begitu, semangatnya tidak pernah patah. Ketika menyambung pengajian di menara gading, beliau menjadikan masa lapang yang ada sebagai ruang untuk mencari duit poket dan mengumpul modal untuk sekali lagi mencuba nasib dalam bidang perniagaan.
Sehari demi sehari, jika ada masa lapang dan tiada kelas, beliau memilih untuk berada di jalan sebagai pemandu Grab. Dalam masa sama beliau turut berniaga air balang bagi menampung belanja harian waktu itu.
Ditakdirkan suatu hari beliau melihat posting di fb dimana satu gerai tepi jalan yang dipenuhi orang ramai. Keadaan itu menimbulkan tanda tanya dalam dirinya, benda apa yang dijual oleh peniaga itu hingga pelanggan tak putus-putus singgah.

Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak-buak dalam diri, beliau mula mencari maklumat dan akhirnya menemui perniagaan tersebut adalah bisnes takoyaki oleh jenama Chef Tako. Entah bagaimana, tiba-tiba menyala harapan dalam diri bahawa perniagaan ini boleh menjadi batu loncatan dalam hidupnya.
“Ini kalilah, apa nak jadi, jadilah…”, katanya bermonolog membulatkan tekad.
Beliau kemudian menghubungi pihak pengurusan Chef Tako dan menyatakan hasrat untuk menyertai perniagaan tersebut.
Bila dah berpayung di bawah Chef Tako, mana-mana bisnes tetap tak dapat lari dari ujian dan cabaran cuma kali ini menjadikan beliau tidak mudah putus semangat ialah kerana beliau sentiasa dibimbing dan diberi ilmu.

Kini, setelah 3 tahun bersama Chef Tako sebagai Agen Chef Tako Teluk Panglima Garang, terlalu banyak pengalaman pahit manis yang jika dikenang pasti membuatkan air mata beliau menitis terutamanya saat beliau “struggle” menjadi pemandu Grab demi mengumpul wang untuk dijadikan modal perniagaan.
Antara saat yang paling cemas ialah beliau pernah berdepan situasi apabila khemah gerainya terbang dan terkena pada salah seorang pelanggan. Situasi berkenaan nampak biasa pada orang lain, tetapi tidak pada peniaga seperti Encik Harqil.
“Tetapi yang paling saya tak sangka, perniagaan ini mampu memberikan pulangan yang sangat-sangat lumayan, lebih dari apa yang saya jangkakan sewaktu di awal menyertai Chef Tako,’’ kata Encik Harqil lagi.

Benarlah kata orang, titik peluh orang yang kuat berusaha pasti akan dibalas dengan hasil yang mampu membuat hati berbunga.
Perniagaan tako beliau kini konsisten memberikan pulangan purata RM 100,000 setiap bulan. Pada tahun 2020,jumlah jualan beliau melebihi RM 860,000.
Dari perniagaan tako yang bermula di tepi jalan, beliau sudah pun mampu menghantar kedua ibu bapa menunaikan umrah dan dapat beri duit belanja bulanan kepada kedua orang tuanya.

Beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Perodua Axia kepada isteri dan seutas gelang emas untuk ibu sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan ibu beliau.

Dengan hasil jualan takoyaki juga, beliau kini mampu membeli sebuah MPV mewah, Toyota Vellfire dan merancang untuk membeli sebuah rumah dalam masa terdekat. Isteri mahu sambung belajar pun sudah tidak menjadi masalah memandangkan pendapatan dari jualan takoyaki sudah mencukupi untuk membiayai yuran pengajian orang tersayang.

Beliau juga meluahkan rasa syukur kerana asbab perniagaan Chef Tako yang dimulakan dengan keringat sendiri kini sudahpun mampu menawarkan pekerjaan kepada anak muda. Setiap kali ada untung lebih, bonus pasti dikongsi bersama-sama dengan mereka.
Sungguh, kejayaan itu hanya boleh dimiliki oleh mereka yang benar-benar mahukan kejayaan. Tak kisah bermula dari titik yang paling rendah untuk menggapai titik yang paling tinggi. Seperti Encik Harqil, anda juga mungkin ditakdirkan untuk berjaya dengan Chef Tako.
Hubungi wakil Chef Tako 013 88 909 84 untuk sama-sama bina masa depan yang lebih cerah. atau terus tekan link ini, https://bit.ly/nak10kpertama_ogos2021