liga super perak jdt
Gambar: Stadium Astro

Liga Super: Perlawanan Perak FC-JDT Tunda Akibat Faktor Cuaca

Azizah Najib

Liga Super: Perlawanan Perak FC-JDT Tunda Akibat Faktor Cuaca

IPOH, 17 Ogos (Bernama) — Perlawanan Liga Super ANTARA Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak malam ini terpaksa ditunda ke tarikh baharu ekoran faktor cuaca buruk dan keadaan padang yang tidak mengizinkan.

Perkara tersebut dimaklumkan melalui pengumuman yang dibuat oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selain tarikh baharu perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan akan diumumkan kelak.

Terdahulu, perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada 9 malam itu tertangguh berikutan cuaca hujan lebat melanda bandar Ipoh sejak 7.30 malam.

BACA: Ten Hag Laung Amaran Awal, Percaya MU Mampu Jadi Juara EPL

Situasi itu menyebabkan permukaan padang di Stadium Perak di sini digenang air, sekali gus menyaksikan perlawanan dianjakkan kepada jam 9.50 malam.

Tepat 9.40 malam, Komisioner Perlawanan, Teo Hee Leon dan barisan pengadil yang diketuai oleh Razlan Joffri Ali telah keluar memeriksa keadaan padang.

Setelah membuat penilaian bersama, MFL memutuskan perlawanan tidak dapat dilangsungkan dan perlu ditunda ke tarikh lain.

BACA: Topeng Faisal Halim Direka Khas Penyelidik Universiti Malaya

Sumber: BERNAMA