Liang Liang, Si Panda Dari China Selamat Lahirkan Anak Ketiga Di Zoo Negara

Atiqah Aliah

Seekor panda yang dipinjamkan ke Malaysia dari China telah selamat melahirkan anak ketiga, kata pegawai hidupan liar pada hari ini.

Pada 31 Mei, panda tersebut selamat melahirkan di Zoo Negara. Panda tersebut dipinjamkan pada 2014 bersama seekor panda jantan, Xing Xing, kata Jabatan Hidupan Liar Malaysia.

Berita kelahiran ini amat mengejutkan kerana panda yang mempunyai tiga anak adalah sesuatu yang jarang berlaku.

Bangkok Post melaporkan, pegawai tidak dapat melihat bayi itu dan tidak mengetahui jantinanya kerana masih dijaga ibu panda.

Liang Liang melahirkan Nuan Nuan pada Ogos 2015 dan telah dihantar ke China dua tahun selepas dilahirkan kerana perjanjian yang telah dibuat dengan China.

Seterusnya, Yi Yi dilahirkan pada Januari 2018 tetapi belum dihantar ke China kerana penularan COVID-19, kata pegawai hidupan liar.

Sumber: Bangkok Post