
Susulan laporan kebocoran data peribadi empat juta pembayar cukai melalui sistem myIDENTITY, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menafikan dakwaan data tersebut diperolehi daripada laman sesawang LHDN melalui sistem Application Programming Interface (API) yang dibuat untuk myIDENTITY dibawah seliaan Jabatan Pendaftaran Negar (JPN).
LHDN memaklumkan, pihak mereka hanya merupakan pengguna dan bukannya pemilik kepada sistem myIDENTITY tersebut.
Menurut kenyataan LHDN, hasil siasatan dalaman yang dilakukan, tiada kebocoran berlaku seperti yang didakwa.
LHDN kini sedang bekerjasama dengan pihak JPN dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melihat semua kemungkinan berkenaan dakwaan tersebut.
“LHDN memberikan jaminan semua data dan maklumat yang berada dalam simpanan LHDN adalah selamat kerana ia dilindungi dengan teknologi keselamatan data yang diiktiraf,” tulis kenyataan tersebut.
Pangkalan data yang dikatakan milik JPN didakwa telah dijual di forum pasaran pangkalan data terkenal. Penjual mendakwa, ia mengandungi empat juta data peribadi rakyat Malaysia yang diperoleh melalui API yang dibuat untuk sistem myIDENTITY.

Sumber: LHDNM, Bernama