Terbaharu, laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis melaporkan tentang satu kejadian yang mendakwa seorang bayi ditemui bersendirian dalam kenderaan dipercayai berlaku di pasar raya Tesco Egate, Pulau Pinang.
Menurut dakwaan tersebut, bayi berkenaan ditemui oleh seorang pekerja pasaraya tersebut sendiri.
Ketika kejadian, pekerja berkenaan meminta pertolongan daripada orang lain dan dalam masa sama, tingkap belakang kenderaan terbabit sedikit terbuka.
Justeru, pintu kenderaan tersebut berjaya dibuka dan bayi itu sempat diselamatkan.
“Kepada emak ayah di luar sana, apa pun alasan nak cepat ke, urgent ke, janganlah tinggalkan anak-anak anda di dalam kenderaan berseorangan.
“Banyak sangat kes budak-budak lemas di dalam kenderaan disebabkan kecuaian ibu ayah. Mencegah itu lebih baik dari mengubati, sayangilah anak-anak anda,” kata kenyataan dari page berkenaan yang dimuat naik dengan beberapa keping gambar dipercayai di lokasi kejadian.
Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis