Para gamer kini boleh membuat pra-tempahan monitor baharu LG UltraGear™ OLED 32GX870A dan 45GX950A di Malaysia sehingga 25 Oktober 2025, dengan pakej eksklusif early-bird bernilai sehingga RM1,798.
Tiada Kategori

LG Buat Dunia Gaming Lagi Best Dengan Monitor UltraGear OLED, Pra-Tempah Sekarang

Syamimi

LG Buat Dunia Gaming Lagi Best Dengan Monitor UltraGear OLED, Pra-Tempah Sekarang

LG Electronics mengumumkan pelancaran barisan UltraGear OLED Gaming Monitor generasi baharu, yang menampilkan dua model revolusioner, LG UltraGear OLED 32GX870A dan LG UltraGear OLED 45GX950A.

Direka untuk memenuhi keperluan gaming kompetitif dan pengalaman imersif, kedua-dua model terbaharu ini menetapkan penanda aras baharu dalam kelajuan, prestasi visual, dan keserbabolehan.

Kedua-dua model kini tersedia untuk pra-tempahan di Malaysia hingga 25 Oktober 2025. Para gamers boleh menjadi antara yang terawal menikmati prestasi canggih monitor UltraGear OLED terbaru daripada LG, sambil menikmati promosi dan hadiah istimewa.

LG UltraGear OLED 32GX870A (MSRP RM7,729) ditawarkan pada harga pra-tempahan RM4,639 bersama hadiah percuma iaitu 1 unit LG XBoom Bounce dan 1 unit LG XBoom Buds bernilai RM1,428.

Manakala LG UltraGear OLED 45GX950A (MSRP RM9,429) boleh didapati pada harga RM5,659 dengan hadiah percuma 2 unit LG XBoom Bounce bernilai RM1,798. Tawaran ini adalah terhad dan siapa cepat dia dapat, selagi stok masih ada!

Monitor UltraGear OLED baharu ini dicipta khas untuk memberikan masa tindak balas sepantas kilat, ketepatan warna yang luar biasa, serta kebolehsuaian unggul, menjadikannya pilihan sempurna untuk gamer kasual mahupun profesional.

Secara khusus, LG UltraGear OLED 32GX870A memperkenalkan Teknologi Dual-Hz, membolehkan gamer beralih dengan mudah antara 4K (3,840 x 2,160) pada 240Hz dan Full HD (1,920 x 1,080) pada 480Hz hanya dengan satu klik.

Keserbabolehan ini memperkasakan pengguna untuk mengoptimumkan paparan, sama ada untuk visual resolusi tinggi atau prestasi kelajuan ultra, bergantung pada permainan yang dimainkan.

Dengan masa tindak balas ultra-pantas 0.03ms, monitor ini memberikan pengalaman gaming yang sangat lancar dan responsif, sekali gus meminimumkan kesan kabur pergerakan.

Panel OLED termaju dengan MLA+ (Micro Lens Array Plus) meningkatkan kecerahan, mengurangkan pantulan, serta menyokong HDR True Black 400, untuk visual yang jelas dan seakan nyata walaupun dalam adegan paling gelap.

Selain itu, sambungan DisplayPort 2.1 menawarkan fleksibiliti lebih baik, kependaman yang lebih rendah, serta sokongan untuk kad grafik berprestasi tinggi terkini – menetapkan penanda aras baharu bagi paparan gaming premium.

“Barisan LG UltraGear OLED baharu ini mewakili satu lonjakan besar dalam dunia monitor gaming,” kata Encik Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia.

“Dengan teknologi revolusioner seperti mod Dual-Hz dan paparan gaming OLED 5K2K pertama di dunia, kami memperkasakan para gamer untuk bermain pada tahap tertinggi dengan kepantasan, ketepatan dan visual yang tiada tandingan.”

Bagi monitor gaming OLED 5K2K pertama di dunia, LG UltraGear OLED 45GX950A hadir dengan nisbah aspek 21:9 dan resolusi ultra-tinggi 5,120 x 2,160. Direka khusus untuk peminat permainan FPS dan RPG, ciri inovatif Dwi-Mod membolehkan pengguna menukar dengan mudah antara WFHD 330Hz untuk permainan penembak pandang pertama (FPS) atau WUHD 165Hz bagi pengalaman permainan berperanan (RPG) yang sinematik dan terperinci.

Reka bentuk melengkung 800R memberikan pengalaman imersif dengan mengekalkan kecerahan serta ketajaman yang konsisten di seluruh skrin, manakala reka bentuk 4-sisi Virtually Borderless meningkatkan penghayatan visual dan menambah sentuhan estetik moden yang bergaya.

Dengan lapan konfigurasi paparan boleh suai, para gamer boleh melaraskan saiz skrin dan nisbah aspek LG UltraGear OLED 45GX950A mereka, daripada 39 hingga 27 inci, 21:9 hingga 16:9, bagi tetapan peribadi yang sesuai dengan pelbagai genre permainan seperti FPS, MOBA, RPG, dan simulator perlumbaan.

Monitor ini juga dilengkapkan dengan DisplayPort 2.1, HDMI 2.1, serta USB-C dengan bekalan kuasa 90W, untuk keserasian dengan sistem permainan generasi baharu.

Disahkan oleh NVIDIA G-SYNC® dan AMD FreeSync™ Premium Pro, LG UltraGear OLED 45GX950A menjamin pengalaman gaming yang lancar tanpa kesan koyakan imej pada skrin.

Kedua-dua monitor ini dilengkapkan dengan inovasi OLED terkini daripada LG, menawarkan warna yang terang serta kontras yang luar biasa.

Sama ada untuk e-sukan kompetitif atau penerokaan dunia maya secara imersif, barisan LG UltraGear OLED baharu ini dibina untuk memberikan pengalaman gaming yang tiada tandingan.

Tingkatkan prestasi anda dan kekal selangkah di hadapan dengan LG UltraGear OLED 32GX870A atau LG UltraGear OLED 45GX950A, yang kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia.

Kedua-duanya memberikan kelebihan hebat kepada para gamer dari segi kemahiran, kepantasan, dan ketepatan. Jadi antara yang terawal merasai pengalaman gaming generasi terbaharu dengan monitor UltraGear OLED terkini daripada LG. Pra-tempah hari ini dan bawa permainan anda ke tahap yang lebih tinggi.

Pra-tempah sekarang LG UltraGear OLED 32GX870A di https://www.lg.com/my/monitors/ultragear-gaming/32gx870a-b/ atau LG UltraGear OLED 45GX950A di https://www.lg.com/my/monitors/ultragear-gaming/45gx950a-b/; ketahui lebih lanjut di https://www.lg.com/my dan ikuti LG Malaysia di Facebook di https://www.facebook.com/LGMalaysia.