Letupan Kecil Disahkan Berlaku Di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada hari ini mengesahkan bahawa terdapat satu kejadian letupan kecil berlaku di tingkat lima Menara Lembaga Pertubuhan Peladang.
Perkara itu dikongsikan oleh Bernama sebentar tadi menerusi hantaran video kejadian di laman X rasminya.
“Bomba sahkan terdapat letupan kecil di tingkat 5 Menara Lembaga Pertubuhan Peladang hari ini – Bomba KL,” tulis muat naik perkongsian tersebut.
Berita lanjut menyusul!
Sumber: BERNAMA