
Letupan Di Masjid Pakistan, 15 Orang Terkorban
Satu letupan telah berlaku di sebuah masjid di ibu kota Pakistan, Islamabad pada Jumaat dan telah mengorbankan seramai 15 orang.
Memetik laporan AFP, pihak berkuasa tempatan memaklumkan sekurang-kurangnya 80 lagi cedera dalam kejadian terbabit.
Seorang pegawai kanan polis memberitahu AFP bahawa letupan itu berlaku selepas solat Jumaat di sebuah masjid.
Puluhan mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Institut Sains Perubatan Pakistan.
Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif mengecam kejadian letupan terbabit.