Lereng Bukit Di Gombak
Kredit: @asalgombak via TikTok
Tiada Kategori

Lereng Bukit Di Gombak Dilapor Terbakar

Athirah

Lereng Bukit Di Gombak Dilapor Terbakar

Kawasan di sekitar lereng bukit di Taman Sri Gombak dilapor telah mengalami kebakaran, hari ini.

Beberapa video yang merakam api yang sedang marak dengan kepulan asap hitam turut menjadi tular di media sosial.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna media sosial, kelihatan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran di lereng bukit berkenaan.

Selain itu, beberapa kenderaan dilihat memandu secara perlahan untuk menyaksikan kejadian terbabit.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan dari mana-mana pihak berkaitan kebakaran ini.

BACA: Dah Lama Sangat Tak Bersenam, Ini 7 Penyakit Boleh Sangkut Kalau Teruskan Amalan Ni

Sumber: @asalgombak via TikTok