Gambar Hiasan

“Lepas Ni Dah Tak Perlu Beli..” Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Gadis Ini Kongsi Resepi Sate Turun Termurun

Fildza Zainal

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Lagi beberapa hari kita akan menemui bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Selesai 30 hari berpuasa pastinya kita akan meraikan kemenangan di hari raya. Pastinya anda akan teruja untuk menyediakan kelengkapan rumah mahupun juadah untuk menyambut perayaan tersebut. Pelbagai juadah pastinya akan tersedia di atas meja pada pagi itu antaranya lemang, ketupat, nasi impit, rendang dan sate.

Gambar : Travelvui.com

Sate adalah kepingan daging mahupun ayam yang dicucuk dengan lidi dan dibakar di atas. Ia merupakan hidangan popular yang selalu dihidangkan di kenduri, jamuan mahupun perayaaN. Seorang pengguna Facebook, Aisyah Mohd Nor telah berkongsi resepi untuk membuat sendiri makanan ini dirumah. Hantaran Aisyah dalam sebuah group di laman terbabit telah mendapat lebih 15,000 kali perkongsian. Menurut Aisyah:

Resepi satay kebetulan memang saya meniaga satay resepi ni turun temurun dari arwah tok sampai mak sampai lah ke anak cucunya saja share untuk kawan2 manalah tahu nak berniaga ke nak buat untuk raya nanti ambil lah resepi ni sy halal kan dunia akhirat dh 2 3 org sy ajarkn untk berniaga semoga bermafaat ilmu ni insyallah…

Bahan-bahan Isi dada/peha ayam 10kg Gula 3 kilo Garam 10 sudu jangan membukit ngam2 saja Aji 2 sudu Kunyit babas 125g

Gambar : Aisyah Mohd Noor

Bahan-bahan diblend Jintan manis biji 20sudu Jintan putih biji 10sudu Serbuk ketumbar babas 10sudu Serai 10 btg Lengkuas agak2 2 ibujari Halia agak2 2ibu jari Bawang putih 1 labu Bawang besar 2 biji

Gambar : Aisyah Mohd Noor

Cara-cara Potong dadu isi ayam,kulit ayam celur sekejap potong kecik agak2 boleh cucuk,masuk semua bahan2di atas gaul rata perap 2 3 jam boleh lah cucuk bakar..

Gambar : Aisyah Mohd Noor
Gambar : Aisyah Mohd Noor
Gambar : Aisyah Mohd Noor
Gambar : Aisyah Mohd Noor
Gambar : Aisyah Mohd Noor
Gambar : Aisyah Mohd Noor

Bahan renjis masa bakar 2 sudu susu pekat manis/santan, air perap satay,air masak sikit,minyak masak campur buat untuk renjis,bau harum semerbak masa bakar nanti

Untuk kuah kacang Bahan-bahan

Kacang tanah 3kg Minyak masak 1kg Cili kering Gula 1 kg Garam Air perapan satay 5 cawan Bahan tumis sama macam bahan bland tadi sukatan separuh dari tadi

Cara-cara buat kuah kacang

Tuang minyak dlm kuali terus letak kacang bila minyak panas kacang pun masak jgn smp hitam nanti lemak kacang hilang, goreng cabai kering angkat bila sejuk boleh lah tumbuk atau blend(saya blend dengan air).

Tumis bahan blend(serai lengkus bawang putih/merah halia jintan manis/putih ketmbar) dalam kuali dengan minyak sampai pecah minyak,kemudian tuangkn bahan tumis dlm kacang dgn cabai yg di blend tadi perasakn dengan gula garam..kalau suka aji bubuh lah sikit dan kalau x suka manis buleh kurang kan gula ikut cita rasa sendiri.

Gambar : Aisyah Mohd Noor

Sumber : Aisyah Mohd Nor