Lepas Geng SPM, Wujud Pula Petisyen Minta “Pointer” Anugerah Dekan Diturunkan Kepada 2.00

Sha Rossa

Hangat kebelakangan ini mengenai isu petisyen yang dibuat untuk penurunan markah bagi subjek Matematik Tambahan dan Sejarah untuk pelajar SPM. Ini kerana markah bagi lulus dan cemerlang bagi kedua-dua subjek tersebut dikatakan sukar untuk dicapai oleh pelajar.

Terbaru, satu petisyen turut dibuat oleh piha yang tidak diketahui yang meminta penurunan pointer kepada 2.00 untuk mendapatkan dekan. Ianya menjadi tular di media sosial apabila petisyen tersebut dipersoalkan oleh netizen.

Patut ke petisyen ni wujud?

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak senang mereka dengan petisyen tersebut yang dianggap sebagai tidak masuk akal. Malah, ada yang ‘melenting’ dengan menggelar pihak yang berbuat demiian sebagai manja dan tidak berkualiti.

Makin manja budak-budak sekarang

Rakyat Malaysia makin bodoh ke makin pandai?

Macam mana pendidikan negara nak berkembang kalau macam ni?

Namun, hasil tinjauan yang dilakukan, petisyen tersebut dipercayai dibuat sebagai satu ‘sindiran’ kepada petisyen yang dibangkitkan sebelum ini oleh pelajar SPM.

Menerusi ruangan komen di laman petisyen berkenaan, change.org, dapat dilihat rata-rata mahasiswa yang menandatangani petisyen adalah sekadar untuk berhibur. Apa pula pendapat anda?

Asyik kita je dekan, bagi orang lain pulak

Nak merasa naik pentas walau sekali

Sumber : Twitter, change.org