Apabila berlaku satu insiden di mana seorang pemilik kereta melanggar kereta pemilik yang lain tanpa sengaja, pasti mereka akan cuba menyelesaikan dengan cara yang baik.
Namun, berbeza dengan satu keadaan yang berlaku di negara Singapura. Baru-baru ini, tular di laman media sosial berkenaan satu video yang dimuatnaik oleh All Singapore Stuff.
Video berdurasi 29 saat itu menunjukkan sebuah kereta ‘diconteng’ dengan marker pen. Yang peliknya, tulisan itu dipercayai sebagai tanda permohonan maaf oleh individu tersebut selepas melanggar kereta terbabit secara tidak sengaja.
“Maaf, saya melanggar kereta anda semasa mengundur” tulis individu tersebut.
Gambar: All Singapore Stuff
Gambar: All Singapore Stuff
Gambar: All Singapore Stuff
Gambar: All Singapore StuffMelalui post tersebut, ramai pengguna Facebook yang dilihat mengecam tindakan individu yang dikatakan tidak bertanggungjawab itu.
Sumber: All Singapore Stuff