Chris Evans ucap selamat tinggal kepada iPhone 6s menerusi satu perkongsian di media sosial yang menarik perhatian netizen seluruh dunia.
Setelah bertahun ‘setia’ bersama iPhone 6s, aktor terkenal Hollywood, Chris Evans mengumumkan bahawa dia akhirnya telah bertukar kepada model iPhone terbaru.
Menerusi kiriman di Twitter dan Instagram, pelakon Captain America itu ‘menitipkan’ ucapan ‘selamat tinggal’ kepada iPhone 6s yang banyak berjasa kepadanya sebelum ini.
“Saya tidak akan merindui ‘pertempuran’ untuk mengecas kamu setiap malam atau gambar yang kabur atau tiba-tiba bateri kamu merosot daripada 100% kepada 15% dan mati sepenuhnya dalam beberapa minit.
“Ia adalah satu perjalanan yang agak mencabar, berehat dengan tenang kawanku,” katanya.
Perkongsiannya itu membuatkan rata-rata netizen khususnya peminatnya terhibur kerana dia akhirnya ‘keluar daripada gua’ dan menaik taraf kepada teknologi yang lebih baharu.
Bagaimanapun, dia sebenarnya tidak menyatakan model iPhone apa yang ditukar tetapi gambar yang dimuat naik di Instagram memaparkan dia memindahkan data daripada iPhone 6s kepada iPhone 13.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah mendapat lebih sejuta tanda suka di Twitter dan Instagram.
Keputusannya untuk menaik taraf itu mungkin tepat kerana iPhones 6s tidak lagi akan menyokong perisian iOS 16 yang akan datang.
Hal ini kerana komponen dalaman telefon itu tidak lagi mempunyai ‘kuasa’ untuk mengoperasikan iOS 16.
BACA: Kenapa Captain America Serahkan Perisainya Kepada Falcon, Bukan Rakan Baiknya Winter Soldier? Ini Jawapannya
Sumber: Chris Evans, India Today